Peluang Menjadi Ejen Dropship

Setiap hari ada sahaja individu yang berminat untuk menjadi ejen jualan bagi produk kami. Oleh itu, kami ingin membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian keluarga TDL sebagai dropshipper.

Misi dan visi kami satu sahaja iaitu ingin menggalakkan lebih ramai kaum hawa di sana menggayakan selendang yang cantik, selesa dan sopan. Jadi, kami mencari individu yang benar-benar komited untuk sama-sama menjayakan misi dan visi ini.

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menjadi Ejen Dropship TDL

TDL adalah jenama selendang yang hampir 5 tahun berada di dalam pasaran dan mempunyai lebih 10,000 orang pelanggan. Kami sudah melalui pasang surut industri fesyen dan bersedia untuk membimbing anda untuk menjana pendapatan dengan menjual selendang.

Koleksi Selendang TDL Terbaik! TDL konsisten menghasilkan koleksi selendang yang cantik, selesa dan sopan.

Harian Metro, Ahad, 30 Mac 2014

Bukan itu sahaja, berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda tahu mengenai TDL:

Fakta #1 – TDL terkenal dengan keluaran selendang atau inner neck yang cantik, selesa dan sopan. Kualiti adalah keutamaan kami. Jaminan pulangan wang diberikan jika pelanggan tidak berpuas hati.

Fakta #2 – Kami mengeluarkan ribuan helai selendang setiap bulan dan 98.7% pelanggan sangat berpuas hati dengan produk yang dikeluarkan.

Fakta #3 – Kadar belian semula para pelanggan terhadap koleksi selendang kami juga tinggi. Kebanyakkan yang mencuba selendang TDL, akan membeli berulang-ulang kali.

Fakta #4 – TDL mengeluarkan selendang di dalam 2 kategori iaitu biasa dan premium. Semua koleksi ini adalah mampu milik khususnya apabila ia ditawarkan dengan harga combo.

Fakta #5 – TDL mempunyai struktur distribution yang sangat sistematik dan menguntungkan semua pihak. Kuota untuk menjadi ejen jualan TDL adalah sangat terhad.

dan banyak lagi fakta lain yang kami akan kongsikan dengan anda setelah menjadi ejen jualan kami.

Apa Pendapat Para Pelanggan Mengenai Koleksi Selendang TDL?

Pada masa yang sama, anda boleh membaca sedikit sebanyak pendapat ikhlas para pelanggan kami mengenai koleksi selendang TDL. Ini adalah sebahagian kecil bukti sosial yang kami terima bagi membuktikan bahawa kami benar-benar serius ingin menghasilkan koleksi selendang terbaik.

I can sleep with this TDL’s shawl on, its so comfy you can tell my eyes already shutting. Rasa cantik yang amat! More collection please!

Izzah Farina

Saya order shawl Hana sehelai. Sedap dan selesa pakai, suka sangat2! Ni nak order 4 helai lagi.. kelabu, drak green, pink.

Harliza

Setiap kali ada keluaran terbaru, TDL tak pernah mengecewakan. Servis memang terbaik! Saya dah ada 8 helai shawl, hari ni repeat order untuk 2 shawl.

Siti Hafizah

First time try TDL mmg dh jatuh cinta..senang dibentuk bagi yg first time nk try pakai shawl ni TDL mmg Terbaek..kualiti kain pun tip top xsama macam sesetengah jenama..

Monaliza

Anda boleh membaca pelbagai testimonial lain yang diberikan oleh para pelanggan kami pada halaman “Apa Kata Para Pelanggan Kami?“.

5 Perkara Yang Kami Sediakan Untuk Anda..

Sebagai ejen jualan TDL, maka kami akan berikan kepada anda beberapa perkara berikut:

Kelebihan #1 – Bahan promosi lain di dalam bentuk soft-copy seperti set gambar yang cantik, flyers, banner, video tutorial dan sebagainya juga disediakan.

Kelebihan #2 – Sebagai dropshipper anda boleh menikmati margin keuntungan sehingga 20% bagi setiap helai selendang terjual. Jika prestasi baik, anda berpeluang untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi!

Kelebihan #3 – Bimbingan akan disediakan melalui satu grup tertutup khas. Anda juga boleh berkomunkasi terus dengan pihak syarikat dan juga dropshipper yang lain.

Kelebihan #4 – Pelbagai insentif menarik akan disediakan bagi dropshipper yang berjaya mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan.

Kelebihan #5 – Setiap dropshipper juga akan mendapat ekatalog maya sendiri yang akan mempunyai senarai koleksi selendang TDL terkini.

dan pelbagai kelebihan lain juga akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Sedikit Gambaran Terhadap Sambutan Selendang TDL..

Kami juga ingin kongsikan sebahagian kecil gambar-gambar belakang tabir bagaimana sambutan terhadap Koleksi Selendang TDL bagi setiap koleksi yang kami lancarkan.

Namun, semua gambaran di atas hadir setelah kerja dan usaha kuat semua keluarga TDL. Dalam apa jua perniagaan, jika kita tidak berusaha dan tanpa izin Allah tak akan ada hasilnya.

Maaf! Tidak Semua Layak Untuk Menjadi Ejen Dropship TDL!

Ya, bukan semua orang layak untuk menjadi ejen jualan koleksi selendang kami walaupun anda mempunyai banyak wang sekali pun! Kami mencari individu yang mempunyai beberapa sikap berikut:

Minat – Perkara pertama yang perlu ada jika anda ingin menjadi ejen jualan TDL ialah anda perlu minat berniaga. Tak pandai berniaga, boleh diberi tunjuk ajar. Tapi kalau tak minat, maka peluang ini tidak sesuai untuk anda.

Positif – Anda perlulah seorang yang sentiasa memandang sesuatu dari sudut yang positif. Ini kerana apabila berniaga kita akan lalui banyak liku-liku yang mencabar maka kita tidak boleh menjadi insan yang sibuk mencari alasan. Kita akan sama-sama mencari solusi.

Agresif – Jika anda ingin menjadi ejen jualan TDL dan mengharapkan jumlah komisyen yang banyak dengan duduk diam, goyang kaki dan dapat duit maka ini bukan tempatnya. Sebagai ejen jualan anda perlu bersama-sama kami untuk bekerja kuat melakukan promosi.

Apa yang kami perlukan ialah individu yang positif dan agresif untuk berjaya di dalam perniagaan. Jika anda mempunyai pengalaman berniaga menjadi satu kelebihan.

Jika hendak dibandingkan dengan syarikat jualan tudung di luar sana, saya mengagumi TDL kerana ada pelan yang bagus dan jaga ejen jualan mereka.

Noor Hamiza, Pengedar Negeri Selangor

Yuran Komitmen RM100 Diperlukan..

Memandangkan kami hanya ingin mencari mereka yang benar-benar serius untuk menjana pendapatan, maka kami akan kenakan yuran seumur hidup RM100. Dengan yuran ini juga anda akan diberikan selendang TDL, sebuah ekatalog dan sebagainya untuk membantu anda mengenali produk dengan lebih baik.

TAHNIAH!: Yuran komitmen dikecualikan untuk 100 orang ejen jualan terawal!

Saya Sangat Berminat! Macam Mana Nak Memohon?

Untuk memohon anda hanya perlu hantarkan nama penuh, no telefon, email dan alamat anda kepada Facebook Page rasmi kami iaitu ‘TDL Shawl’. Untuk lebih mudah, klik sahaja butang di bawah.

Klik Untuk Memohon

Pastikan anda log in akaun Facebook terlebih dahulu sebelum klik butang di atas.

 

Setelah anda melakukan permohonan, tunggu maklumbalas dari pihak kami untuk menerangkan langkah selanjutnya kepada anda. Sila pastikan permohonan anda benar-benar dihantar.